Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

139) PROJEK HORAS OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah sebenar kos pembiayaan Projek HORAS yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    Pembangunan HORAS ini akan dilaksanakan mengikut 2 fasa pembangunan seperti berikut:-

     

    Fasa Pertama           –          HORAS 600 Fasa Kedua  –           HORAS 3000

     

    HORAS 600 akan dibangunkan di kawasan bekas lombong di Kg Sungai Darah, Bestari Jaya, Daerah Kuala Selangor. Mengikut kajian yang telah dibuat, komponen utama yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan bagi tujuan melaksanakan projek HORAS 600 adalah:-

    Kolam Takungan dengan keluasan 166 hektar hingga mencapai kedalaman 23.5 meter dari paras tanah bagi tujuan penyambungan kepada akuifer bawah tanah bagi mendapatkan kapasiti air sejumlah 600 JLH.

     

    • Kerja-kerja pelindungan tebing kolam takungan menggunakan geo- textiles;
    • Kerja-kerja pembaikan dan pelindungan sungai sejauh 3.8 km bagi tujuan menambah baik aliran sungai dengan kaedah melebar dan mendalamkan Sungai Selangor; dan
    • Stesen mengepam air

     

    Pada ketika ini,  Kerajaan Negeri Selangor telah melantik Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) untuk melaksanakan kerja-kerja  pengorekan bagi tujuan pembinaan Kolam Takungan. Kerajaan Negeri Selangor tidak membayar KSSB bagi kerja-kerja pengorekan yang dibuat sebaliknya nilai kerja tersebut di kontra dengan jumlah pasir yang akan dijual oleh KSSB. Kerja-kerja pengorekan oleh KSSB telah bermula semenjak 15 Mac 2014 dan dijangka akan siap pada 30 September 2015.

    Kos pembinaan bagi komponen-komponen lain di dalam pembangunan HORAS 600  ini hanya akan dapat ditentukan selepas tender bagi pelantikan kontraktor dimuktamadkan. Kerajaan Negeri Selangor akan melantik kontraktor-kontraktor bagi pembangunan HORAS 600 ini melalui kaedah tender terbuka dan dijangkakan tender tersebut akan dikeluarkan pada Januari 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.