PROJEK HORAS

7) PROJEK HORAS

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status ganti rugi atau pampasan yang dijanjikan GLC Negeri Selangor terhadap kerosakan tanaman dan kebun disebabkan oleh kerja2 di projek HORAS?

    Projek HORAS dilaksanakan dengan menggunapakai kaedah pengeluaran dan pemindahan pasir sebagaimana yang ditetapkan oleh  Jabatan Teknikal dan kelulusan Laporan Kajian Impak Alam Sekitar. Sepanjang tempoh operasi perlaksanaan projek, tidak pernah ada ganti rugi atau pampasan yg dijanjikan kepada mana – mana pihak kerana pihak Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) sentiasa memastikan pelaksanaan HORAS tidak memberi kesan negatif kepada pengusaha kebun di kawasan sekitar.

Lampiran

Tiada Lampiran.