Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

111) PROJEK HYBRID OFF RIVER AUGMENTATION SYSTEM (HORAS)

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini projek Hybrid Off River Augmentation System (HORAS)

    Projek Hybrid Off River Augmentation System (HORAS) telah siap dan sedia untuk dioperasikan bila berlaku kekurangan air mentah di Sungai Selangor.  Kos perbelanjaan projek Hybrid Off River Augmentation System (HORAS) sehingga kini adalah sebanyak RM133.4 juta.

     

    Objektif pembinaan HORAS adalah untuk menampung kekurangan air mentah di Sungai Selangor semasa berlaku penyusutan paras sungai berikutan dari musim kemarau. Terdapat 5 loji rawatan air di Lembangan Sungai Selangor yang pada ketika ini bergantung sepenuhnya pada pelepasan air mentah dari Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi  dan aliran asas (river base flow) air di Sungai Selangor.  Projek  HORAS walaupun ketika itu masih dalam pembinaannya, telah pun  dapat membekalkan air mentah sebanyak 160JLH  ke Sungai Selangor bagi meningkatkan paras aliran sungai dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi.

     

    Dengan adanya bantuan yang disumbangkan dari Kolam HORAS bersama-sama dengan kolam kolam takungan lain, paras Empangan Sungai Tinggi dan Empangan Sungai Selangor tidak terjejas sepanjang musim panas tahun 2015.  Keadaan ini dapat dilihat dengan membandingkan kedudukan paras Empangan Sungai Selangor  dan Empangan Sungai Tinggi yang telah meningkat dengan adanya bantuan HORAS pada tahun 2015 berbanding tahun 2014 (sebelum adanya HORAS) seperti berikut:-

     

    Empangan Paras Simpanan pada 31 Julai 2014

    (sebelum HORAS)

    Paras Simpanan pada 31 Julai  2015

    (selepas adanya HORAS walaupun belum siap sepenuhnya)

    Empangan Sungai Selangor

     

    33.46% 77.51%
    Empangan Sungai Tinggi

     

    47.39% 75.51%

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.