Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

256) PROJEK INFRASTRUKTUR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah impak PKP terhadap perlaksanaan projek infrastruktur dalam Negeri Selangor?

    Jawapan bagi Sub Soalan A dan B:

    Sepanjang tempoh Perintah Kawalan pergerakan (PKP), pelaksanaan projek infrastruktur di Negeri Selangor terkesan dari segi prestasi kemajuan berikutan dengan aktiviti-aktiviti sektor pembinaan dan pengilangan yang diberhentikan sepanjang PKP. Walaupun kebenaran beroperasi dapat dimohon daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), terdapat juga sebilangan kontraktor yang tidak dapat meneruskan kerja berikutan dengan ketiadaan bahan binaan daripada pengusaha kilang. Oleh sedemikian, kesemua projek-projek infrastruktur di Negeri Selangor layak diberikan Extension of Time (EOT).

    Walau bagaimanapun, sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diperkenalkan, jabatan/agensi yang terlibat telah memberi komitmen yang tinggi bagi memastikan kesemua projek infrastruktur ini dapat dilaksanakan mengikut jadual setelah mengambil kira EOT yang akan diberikan.

    Usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan projek-projek infrastruktur dapat dilihat dari segi pemantauan yang diselaraskan di antara Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan juga jabatan/agensi yang terlibat.

    UPEN dengan kerjasama jabatan/agensi pelaksana akan sentiasa memantau pelaksanaan projek bagi memastikan projek-projek pembangunan berjalan mengikut jadual. Usaha tersebut melibatkan pemantauan laporan prestasi bulanan yang dikemukakan oleh jabatan/agensi pelaksana dan pemantauan Mesyuarat Teknikal Perancangan dan Pelaksanaan Projek-projek Pembangunan Negeri (JKTPN) yang dilaksanakan setiap suku tahun. Manakala bagi projek-projek yang lewat jadual, pelaksanaan projek akan dipantau dan dibincangkan secara terperinci melalui mesyuarat khas bagi membincangkan dan mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi dalam melaksanakan projek. Lawatan tapak juga akan dilaksanakan oleh UPEN dan jabatan/agensi pelaksana dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan.

Lampiran

Tiada Lampiran.