Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

3) PROJEK JAKESS

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Jabatan Kehakiman Syariah di muka surat 100: Apakah faktor-faktor yang menyebabkan perancangan projek tidak menyeluruh?

    1. Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) adalah sebuah agensi yang berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Peruntukan pembangunan juga adalah dari peruntukan pembangunan Kerajaan Negeri

    Pada 01 Julai 2003, JAKESS telah membentang permohonan pembangunan di Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor( MTES ), sejumlah RM150,000,000.00 telah diluluskan untuk menaiktaraf bangunan Mahkamah Syariah dan kuarters dalam Negeri Selangor. Walau bagaimanapun kelulusan peruntukan itu bergantung kepada keupayaan kewangan negeri .

    Pada tahun 2005, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM25 juta untuk membina bangunan Ibu Pejabat JAKESS dan diuruskan oleh JKR Selangor. JKR Negeri telah melantik 6 juru perunding untuk mereka bentuk bangunan Ibu Pejabat JAKESS.

    Pada Februari 2006 MMKN telah meluluskan pembinaan projek JAKESS secara BLT  oleh Amanah Raya Development Berhad dengan kos berjumlah RM160.59 juta.

    JAKESS sebagai sebuah jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri menerima dan melaksana keputusan Kerajaan Negeri bagi membina baru bangunan  Mahkamah  Syariah seluruh Negeri Selangor bagi mengganti bangunan lama sedia ada.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.