Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

42) PROJEK KAWALAN BANJIR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kenapakah kerajaan negeri cuai dalam melaksanakan projek tersebut yang telah diluluskan oleh Barisan Nasional sebelum ini?

    Masalah banjir yang sering berlaku di kawasan Kg. Sg Serai Daerah Hulu Langat adalah berpunca daripada sistem saliran yang sempit, saiz pembetong jalan yang kecil, ruang penyelenggaraan yang terhad, keadaan tanah semulajadi yang landai serta pembangunan yang agak pesat di bahagian hulu. Hujan yang lebat sering berlaku di kawasan ini memandangkan kawasan ini terletak di kawasan lembah.

    Dalam kajian Rancangan Tebatan Banjir Sg Serai, pihak perunding mengesyorkan sebuah kolam takungan seluas 5.8 hektar dibina di bahagian hulu sungai.  Manakala kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran sepanjang 535 meter panjang serta menaiktaraf 3 buah pembetong sediada dapat membantu mengurangkan masalah banjir di kawasan Kg. Sg Serai.   Walau bagaimanapun, lokasi untuk cadangan pembinaan kolam takungan dan pelebaran sungai sediada ini terletak di dalam lot-lot tanah persendirian dan ianya perlu dibuat pengambilan balik tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.