Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

134) PROJEK KEBUN KERANG

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Minta YAB menjelaskan: i. Adakah kerajaan negeri akan meneruskan projek kebun kerang di sepanjang pesisir pantai Selangor? ii. Berapakah jumlah keluasan dan hasil yang diperolehi mengikut Tahun 2010 hingga 2014?

    Kerajaan Negeri akan meneruskan projek kebun kerang ini kerana telah terbukti projek ini berjaya mengubah taraf hidup dan meningkatkan pendapatan ekonomi nelayan/penternak yang terlibat secara serius di dalam projek kebun kerang Negeri Selangor.

    Jumlah keluasan dan hasil yang diperolehi dari tahun 2010 sehingga 2014 adalah seperti berikut :-

    Tahun Pengeluaran Keluasan Nilai (RM)
    2010 41,410.00 mt 5143.20 ha 51,762,575.00
    2011 26,505.53 mt 5593.20 ha 33,662,018.00
    2012 11,842.99 mt 5262.50 ha 20,250,955.44
    2013 5,407.08 mt 4512.50 ha 9,191,900.00
    2014 10,035.15 mt 4412.50 ha 18,063,277.20

     

Lampiran

Tiada Lampiran.