Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

111) PROJEK KECIL MARRIS UNTUK KONTRAKTOR G1 DALAM DUN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat untuk menetapkan agar satu peratusan tertentu peruntukan MARRIS ADN di bawah pihak PBT untuk syarikat-syarikat kecil G1 dalam di DUN itu sahaja?

    Peraturan dan tatacara perolehan Kerajaan telah menetapkan bagi perolehan kerja sama ada kategori bangunan/awam/mekanikal / elektrik yang tidak melebihi RM200 ribu hendaklah dipelawa di kalangan kontraktor tempatan/daerah gred G1 yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) mengikut kategori dan pengkhususan yang berkenaan.

    Oleh yang demikian, kawasan operasi bagi kontraktor G1 adalah dalam kawasan pentadbiran atau wilayah yang didaftarkan dan tidak hanya tertumpu kepada kawasan DUN. Perincian kawasan operasi mengikut gred, kawasan operasi dan jenis tatacara perolehan adalah seperti jadual berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.