Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

149) PROJEK KEDIAMAN TERBENGKALAI DI PULAU INDAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sedia maklum yang kita semua tahu dan akui untuk memiliki kediaman menjadi impian setiap rakyat yang telah menjadi ketua keluarga. Apakah nasib bagi pembeli-pembeli kediaman teres dan pangsapuri di Pulau Indah yang mana projek-projek tersebut telah terbengkalai dan mereka akan di isytiharkan muflis oleh pihak bank?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sememangnya amat prihatin dengan nasib pembeli-pembeli kediaman teres dan pangsapuri di Pulau Indah yang akan diisytiharkan muflis oleh institusi kewangan akibat tindakan mereka berhenti membayar balik pinjaman ekoran projek perumahan yang dibeli terbengkalai. Ini akan menyebabkan pembeli-pembeli ini disenarai hitamkan oleh institusi kewangan dan menyukarkan pembeli terbabit mendapatkan segala bentuk pinjaman daripada manamana institusi kewangan pada masa akan datang. Bagaimanapun bagi kes pembeli muflis, perkara ini tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Negeri kerana ia tertakluk di bawah bidangkuasa pihak bank terlibat dan Bank Negara.

Lampiran

Tiada Lampiran.