Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

88) PROJEK KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan anak syarikat negeri yang menyumbang untuk projek ini dan nilai sumbangan mereka?

    Projek Kerajaan Prihatin dilaksanakan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan untuk menjalani kehidupan yang selesa. Projek Kerajaan Prihatin ini secara khususnya membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mambaik pulih rumah sedia ada dan juga membina baru sebuah rumah.

     

    Dalam menangani permasalahan ini, anak syarikat kerajaan negeri turut menghulurkan sumbangan bagi membantu menjayakan Projek Kerajaan Prihatin ini dan secara tidak langsung dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam memiliki kediaman yang lebih selesa.

     

    Anak syarikat kerajaan negeri yang terbabit dalam Projek Kerajaan Prihatin ini berserta nilai sumbangan mereka adalah seperti berikut:

     

    BIL NAMA ANAK SYARIKAT SUMBANGAN (RM)
    1 Lembaga Zakat Selangor (LZS) 1,000,000.00
    2 Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (KSSB) 1,000,000.00
    3 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 2,000,000.00
    4 Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 1,000,000.00
    5 Perbadanan     Kemajuan     Pertanian                           Selangor (PKPS) 100,000.00
    JUMLAH 5,100,000.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.