Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

75) PROJEK KESEDARAN RAMAl MENGENAI PENTINGNYA KITAR SEMULA DAN PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak kempen atau "roadshow" yang telah diadakan dari tahun 2004 hingga 2007 untuk memupuk kesedaran umum mengenai pentingnya amalan kitar semula?

    Kempen kesedaran ramai mengenai pentingnya kitar semula dan perlindungan
    alam sekitar dijalankan mengikut PBT masing-masing. Antara PBT yang
    menjalankan kempen ini ialah Majlis Perbandaran Subang Jaya iaitu sebanyak
    70 kempen telah diadakan dari tahun 2004 hingga 2005. Majlis BandarayaShah
    Alam pula telah mengadakan8 kempen kesedarandari tahun 2005 hingga tahun
    2007. Sebanyak21 kempen telah diadakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya
    dari tahun 2005 hingga tahun 2007. Manakala PBT-PBT lain mengadakan
    kempen kesedaran bersama-sama dengan Alam Flora dan kos tersebut
    ditanggung oleh Alam Flora Sdn. Bhd.

Lampiran

Tiada Lampiran.