Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

66) PROJEK LAMAN DAPUR (PEKAWANIS)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah konsep dan objektif Projek Laman Dapur?

    OBJEKTIF DAN KONSEP

     

    Ketika menghadapi suasana inflasi ekoran dari kenaikan harga minyak dan barang makanan, surirumah khususnya boleh memainkan peranan untuk meringankan beban kewangan keluarga dengan menceburi projek Laman Dapur.

     

    Laman Dapur akan dipenuhi dengan tumbuhan sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang boleh dimakan seperti serai, daun kunyit, daun pandan, daun  kesum, pokok limau purut, ulam raja, pokok sambung nyawa, Misai Kuching, Secotek Mas, Halia, Lengkuas, terung, cilli dan berbagai lagi tanaman herba yang amat mudah ditanam di kawasan rumah.

     

    Konsep Laman Dapur ialah projek tanaman memanafaatkan tanah sekeliling rumah yang akan mengeluarkan hasil disamping menjimatkan perbelanjaan dapur serta dapat pula mengindahkan suasana rumah.

     

    Pada masa yang sama tanaman herba juga memberi manafaat kesihatan kerana telah terbukti berkesan untuk mengatasi dan menjauhi penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, sakit puan, sakit kulit, panas badan, buang air tidak lawas, sakit buah pinggang, kanser dan sebagainya.

     

    Dari sudut kecantikan pula boleh membetulkan dan mengimbangi hormon dan membuatkan kita sentiasa sihat dan awet muda secara semula jadi.

     

    Kita tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk menjaga kesihatan dan kecantikan. Kita juga tidak perlu mengambil produk yang mempunyai kesan sampingan dan juga menjalani prosedur yang merbahaya seperti botox dan pembedahan plastik.

     

    Pada peringkat awal peserta Laman Dapur PEKAWANIS dibekalkan benih pokok dan baja di samping khidmat nasihat dan latihan secara PERCUMA serta PEMANTAUAN sehingga berhasil pada musim pertama. Setelah itu peserta hendaklah berterusan mengikut tatacara ilmu yang telah diperturun dan dipantau melalui Penyelia Wanita ADUN berkenaan.

     

    KRONOLOGI SEJARAH LAMAN DAPUR

     

    Sejarah awal Laman Dapur Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor bermula apabila PEKAWANIS telah mengambil bahagian dalam satu Karnival Wanita Anggun anjuran EXCO Hal Ehwal Wanita pada bulan Ogos 2008, dimana PEKAWANIS telah memperkenalkan LAMAN DAPUR, tetapi dengan konsep yang agak sama dengan projek Bumi Hijau, tanaman konvensional di sekitar rumah.

     

    Pada 23 NOVEMBER 2008 MAJLIS PENERANGAN pertama telah diadakan di Pejabat Daerah Kuala Selangor. Dari situ mereka yang berminat telah mengisi Borang Profil Permohonan. Lawatan tapak telah diadakan dari 1 – 31 DISEMBER 2008 sebagai memastikan PEMILIHAN PESERTA secara sahih. Setelah tamat LAWATAN TAPAK, Projek Laman Dapur pertama telah dilancar di Kg Harmoni Ijok oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar pada 25HB JANUARI 2009

     

    Laman Dapur berkonsepkan tanaman herba komersial seperti Limau Purut, Serai, Daun Kari bertujuan menjana pendapatan atau paling minima menambah perbelanjaan dapur. Antara penduduk yang mendapat bantuan anak benih pokok Limau purut, pokok kari dan serai dari kalangan masyarakat di Kuala Selangor, Hulu Langat dan Sg Besar melalui permohonan di Pejabat Daerah. Malangnya geran dari Jabatan Pertanian ini dihentikan pada tahun 2010.

     

    Pada akhir 2012, muncul satu konsep baru LAMAN DAPUR berkonsep PERTANIAN ALAM menggunakan Sistem Fertigasi Pengairan Titis anjuran GERAN SELANGORKU. Sebanyak RM1 Setiap peserta diberi satu pakej 250 polibeg baja kompos berserta 1 set sistem fertigasi pengairan titis serta benih, kursus pemasangan diikuti dengan pemantauan sehingga hasil pertama, diikuti kursus kedua membaja dan penyediaan baja kompos semua dengan nilai pakej hanya RM 2750.00 bagi setiap seorang peserta.

     

    Seramai 18 peserta dari serata Selangor dari Puchong, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Klang, Kapar mendapat manafaat projek ini. Kumpulan ini menanam Kacang bendi sebagai tanaman musim pertama. Jualan

     

    sehari mencecah 4 kilo bagi sesetengah peserta dengan pendapatan sekitar RM10-20 sehari.

    Dengan permintaan yang bertubi, PEKAWANIS meneruskan Kumpulan Kedua dengan tambahan peserta kepada 42 orang, dengan tanaman Kacang panjang sebagai tanaman pilihan Musim kedua ini. Kumpulan belia menjadi tumpuan kumpulan ini. Belia yang dipilih adalah dari Hulu Selangor, Ijok dan Hulu Langat seramai 22 orang. 20 lagi terdiri dari Ibu Tunggal dan Fakir miskin yang berminat menceburi bidang pertanian.

     

    b)                 STATUS PROJEK TERKINI

    Projek Laman Dapur adalah di dalam pemantauan Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi PEKAWANIS dibawah UNIT LAMAN DAPUR yang dipimpin oleh Y.A.Bhg. Puan Sri Datin Seri Salbiah sendiri.

     

    Pada tahun 2013 sehingga kini PEKAWANIS masih menerima permohonan dari ADUN-ADUN melalui ahli mereka dan dilaksanakan secara sistem berkomuniti melalui Komuniti Surau dan Pusat Wanita Berdaya contoh yang dilaksana di Pusat Khidmat DUN Batu 3 dan terkini di DUN Sri Muda dibawah seliaan Pusat Khidmat Parlimen Kota Raja.

     

    Konsep Fertigasi Pengairan Titis berfokus tanaman sayur fertigasi mesra Alam ini memerlukan dana yang masih diusahakan PEKAWANIS untuk memenuhi permintaan yang banyak dari rakyat.

     

    Pada akhir 2013 UNIT LAMAN DAPUR juga telah melebarkan aktiviti mereka kepada satu lagi inisiatif inovatif hasil ahli-ahli di DUN Pelabuhan Kelang, DUN Chempaka dan DUN Hulu Kelang dengan mengadakan Laman Herba yang diusahakan oleh penduduk kampong sendiri juga bertujuan menjana pendapatan secara kecil-kecilan melalui tanaman herba seperti Pokok Belalai Gajah, Pegaga, Misai Kucing dengan menggalakkan tanaman ini menghasilkan produk kesihatan yang natural, organik dan mesra alam tanpa penggunaan racun rumpai. Ia masih berteraskan Pertanian Mesra Alam.

     

    CARA PEMILIHAN PESERTA /Prosedur Permohonan dan Pemilihan.

     

    Permohonan mestilah memohon melalui Pusat Khidmat DUN/Parlimen melalui Ahli PEKAWANIS. Syarat utama mestilah mereka dari golongan berpendapatan kurang dari RM1500, mempunyai minat bercucuk tanam dan mempunyai kawasan yang sederhana disekeliling rumah. Pemohon hendaklah mengisi Borang Profil Penyertaan tetapi mestilah memenuhi pra-syarat terlebih dahulu seperti pada Borang Permohonan.

     

    Kesahihan peserta dikenalpasti dan pemunyaan tanah melalui lawatan tapak oleh Unit Laman Dapur PEKAWANIS. Mereka dikehendaki hadir Kursus Penanaman sebagai Syarat pertama sebelum diberi bantuan. Contoh: Kursus pertama Projek Laman Dapur Pengairan Titis adalah pada 10 November 2012 –

     

    18 orang dan Kumpulan kedua 2 Mac 2013 – 42 orang dari kumpulan belia. Penyeliaan dan Pengawasan oleh pasukan Laman Dapur menyusul setelah memulakan tanaman. Antara penyeliaan ialah dengan meniliti Buku Log Peserta yang mencatitkan hasil dan catatan harian penanaman.

     

    PEKAWANIS menerima jumlah secara berperingkat. RM50 ribu diterima bagi peringkat pertama bagi 18 orang peserta dari seluruh Negeri Selangor. Jumlah kedua RM 124, 500 bagi 42 orang

     

    Nama-nama mereka seperti di ‘LAMPIRAN A’.

     

    IMPAK “ VALUE FOR MONEY” PROJEK KEPADA PESERTA DAN KOMUNITI

     

    1. Ia dapat    mengurangkan   perbelanjaan   dapur   dan   juga   menambah pendapatan sekeluarga.

     

    Peserta Fertigasi Pengairan Titis telah berjaya menghasilkan tanaman yang menjana pendapatan sekitar RM10-20 dari hasil 4-5kilogram kacang bendi dan kacang panjang sehari pada penuaian musim pertama berdasarkan kos minima RM2750 setiap peserta sahaja.

     

    Kos tanaman fertigasi organik yang disyorkan Jabatan Pertanian sering tidak dapat diusahakan oleh golongan berpendapatan rendah disebabkan kos Rumah Hidroponik dan Fertigasi sahaja mencecah ribuan hingga RM 40ribu bagi menghasilkan tanaman bermutu tinggi seperti yang diusahakan oleh projek Laman Dapur ini.

     

    1. Menambah ilmu dan kemahiran kepada

     

    Setiap peserta dibekalkan ilmu memasang alat fertigasi pengairan titis, menyedia dan membuat baja kompos sendiri, penyediaan menanam dan mengalih benih serta menghalau serangga menggunakan formula menghalau serangga tanpa penggunaan racun serangga. Ilmu dan kemahiran menyediakan baja hidroponik secara saintifik juga seperti perlunya fotosintesis, calcium, potassium kepada pokok mendidik peserta menjadi petani moden dengan ilmu pertanian alam.

     

    1. Penjagaan Alam Sekitar melalui konsep Pertanian Alam (Mesra Alam).

     

    Projek Laman Dapur menggunakan baja organik dan baja kompos mesra alam demi menjaga Alam Sekitar, demi penjagaan bio-diversiti dan eco- system agar dapat menjamin masa depan yang sejahtera kepada generasi anak-anak kita.

     

     

    Pembudayaan pertanian moden melalui Sistem Fertigasi Pengairan Titis berupaya menjadi ikutan (viral) kepada komuniti

     

    Ini terbukti melalui permintaan projek yang mula menjadi viral oleh kerana penggunaan polibeg yang mudah tanpa perlu mencangkul dan membanting tulang seperti pertanian konvensional. Penggunaan baja kompos juga boleh digunakan berterusan tanpa perlu mengganti tanah, hanya menambah baja yang berterusan, sayur-sayuran boleh terus dinikmati dari polibeg yang ditanam sekeliling rumah tanpa perlu ke ladang atau kebun yang jauh dari rumah.

Lampiran

Tiada Lampiran.