PROJEK LANGAT 2
36) PROJEK LANGAT 2
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengapakah Kerajaan Pusat mahu meneruskan Projek Langat 2?
Perbincangan dan kajian mengenai pelaksanaan Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) telah bermula seawal tahun 1982 lagi. Projek PPAMPS adalah projek yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan yang melibatkan pinjaman dari Jepun melalui JBIC di mana perjanjian pinjaman telah ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan dan JBIC pada 31 Mac 2005. Jumlah Pinjaman adalah sebanyak ¥82,040 juta (RM2,774.4 juta). Projek Langat 2 pula merupakan sebahagian dari komponen di dalam PPAMPS tersebut. Kegagalan pelaksanaan projek ini boleh memberikan impak yang besar kepada Kerajaan Malaysia memandangkan Perjanjian Pinjaman dengan JBIC telah pun ditandatangani dan sebahagian dari jumlah pinjaman telah disalurkan kepada Kerajaan Malaysia bagi tujuan pembayaran kepada kerjakerja yang telah dimulakan di bawah pelaksanaan projek ini. Mengikut perjanjian pinjaman, sama ada projek disiapkan atau sebaliknya, bayaran ansuran perlu dibuat oleh Kerajaan Malaysia kepada JBIC bermula pada tahun 2016.
