Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

76) PROJEK LANGAT 2

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa peratuskah projek Langat 2 ini telah dilaksanakan dan bilakah tarikh akhir projek Langat 2 ini akan disiapkan sepenuhnya?

    Projek Langat 2 ini dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).  Berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh dari PAAB, status kemajuan fizikal pembinaan Loji Langat 2 Fasa 1 setakat 29 Februari 2020 adalah 82.09% (sebenar) berbanding 85.51% yang dijadualkan.  Pada ketika ini, kerja-kerja Pengujian dan Pentauliahan (Testing  & Commissioning) sedang dijalankan oleh PAAB merangkumi Stream A dan Stream B di mana setiap satu stream berupaya mengeluarkan sebanyak 565 JLH air bersih.

     

    Stream B telahpun memenuhi spesifikasi kontrak yang ditetapkan dan diserahkan untuk dioperasikan oleh Air Selangor pada 21 Disember 2019 yang mana sebanyak 300 JLH air bersih telah dikeluarkan untuk dibekalkan kepada pengguna.  Manakala bagi Stream A, kerja-kerja T & C dijangka akan siap sepenuhnya pada akhir bulan Mac 2020.

     

    Secara keseluruhan, Loji Rawatan Air Langat 2 ini akan siap sepenuhnya pada tahun 2023.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.