Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

110) PROJEK LANGAT DUA (PERJANJIAN)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Setelah termeterai perjanjian ini, apakah langkah dan tindakan kerajaan supaya tarif air tidak dinaikkan?

    Tidak ada sebarang perjanjian mengenai Loji Rawatan Air Langat 2. Loji ini dibina oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan seterusnya PAAB akan memberi pajakan atau hak penggunaan loji tersebut kepada Air Selangor bagi tujuan menyediakan bekalan air kepada pengguna-pengguna di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kadar sewa pajakan dan tempoh pajakan yang akan ditetapkan kemudian.

    Kerajaan Negeri akan mengambil kira bebanan yang ditanggung oleh rakyat, terutamanya golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana demi menjamin perkhidmatan bekalan air yang terurus dan holistik berdasarkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban, efisien dan kos efektif di samping dapat meneruskan Program Air Percuma kepada seluruh rakyat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.