Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

234) PROJEK LEBUHRAYA DI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek lebuhraya di Negeri Selangor yang masih belum siap dan tarikh jangkaan siap projek.

    Untuk makluman YB, terdapat enam (6) projek lebuhraya di Negeri Selangor yang masih dalam pembinaan dan berikut adalah senarai enam (6) projek lebuhraya berserta tarikh jangkaan siap:

     

    No. Lebuhraya Tarikh Jangkaan Siap
    1. Lebuhraya Pantai Barat (Taiping – Banting) (WCE) 16 Jun 2024
    2. Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) 20 Julai 2020
    3. Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) 26 Ogos 2020
    4. Lebuhraya Damansara – Shah Alam (DASH) 28 Ogos 2020
    5. Lebuhraya Putrajaya – KLIA (MEX2) 4 Julai 2020
    6. Lebuhraya Setiawangsa Pantai (SPE) 17 November 2020

Lampiran

Tiada Lampiran.