Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

100) PROJEK LEBUHRAYA PANTAI BARAT (WCE)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE)?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 30/2005 yang diadakan pada 30 November 2005 secara dasarnya telah menimbang dan bersetuju dengan pembinaan lebuhraya West Coast Expressway (WCE). Lebuhraya Pantai Barat (WCE) bagi Negeri Selangor dibahagikan kepada 7 pakej, 2 pakej di dalam pembinaan manakala 4 pakej lagi dalam proses pengambilan balik tanah. 1 pakej lagi iaitu jajaran bagi Seksyen 7 masih dalam kajian oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya (KKR).

    Secara umumnya, sehingga bulan Februari 2016, peratus kemajuan pembangunan keseluruhan yang telah dicapai oleh projek lebuhraya WCE ini adalah 17.47% yang mana bagi Negeri Selangor peratus sebenar ditapak telah mencapai 16.68% manakala bagi Negeri Perak adalah 18.75%. Kerja-kerja  fizikal di tapak yang sedang berjalan adalah melibatkan kerja pembersihan tapak, pengalihan utiliti dan kerja-kerja rawatan tanah. Di samping itu juga, kerja-kerja pemasangan dan pengujian asas  jenis cerucuk juga  sedang berjalan di tapak.

Lampiran

Tiada Lampiran.