Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

73) PROJEK LEMBU TENUSU DAN AYAM DAGING OLEH PKPS

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan setakat ini bagaimanakah perkembangan projek tersebut ?

    • Projek penternakan lembu tenusu dan ayam pedaging PKPS telah dimulakan pada tahun 2010 dengan pembinaan kandang lembu dan rumah-rumah ayam di atas tanah seluas 10 ekar. Tapak projek terletak di Ladang Jelutong Jati, Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam.
    • Pelaksanaan projek lembu tenusu dibuat dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor dan mendapat sokongan erat daripada Ketua Pengarah Veterinar, Malaysia.
    • Pelaksanaan projek ayam pedaging adalah hasil kerjasama dengan syarikat Charoen Pokphand, iaitu syarikat yang terbesar di Asia dan kedua terbesar dunia di dalam industri ternakan ayam.

    PROJEK LEMBU TENUSU

    • PKPS telah membawa masuk 116 ekor lembu betina bunting, 3-6 bulan, jenis Friesien (75% pure blood)pada 26 Disember 2010 daripada Thailand. Pembekal adalah sebuah syarikat yang mempunyai 40 tahun pengalaman dalam bidang lembu tenusu. Pada ketika ini, jumlah lembu telah meningkat kepada 202 ekor dengan adanya kelahiran anak-anak lembu.
    • Daripada jumlah tersebut, sebanyak 74 ekor lembu betina sedang mengeluarkan susu pada kadar purata 10 liter seekor sehari. Ini bererti jumlah pengeluaran susu sehari ialah 740 liter. Pengeluaran susu dijangka meningkat kepada 1200 liter/hari.
    • Ternakan lembu tenusu sedia ada diberi makan rumput Napier dan juga konsentrasi bagi mendapatkan pengeluaran susu yang optima. Rumput Napier telah ditanam di kawasan seluas 66 ekar di sekitar tapak projek. Selain itu, PKPS

     

    juga telah mula mengaplikasikan kaedah ‘Total Mixed Ration’ di mana semua makanan ternakan dicampur ke dalam sebuah mesin yang mengaulkan makanan-makanan tersebut sebelum terus diberi kepada ternakan.

    • Pada masa kini, susu segar yang dihasilkan dijual terus kepada Pusat Pengumpulan Susu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Daerah Sabak dan pembeli tempatan.

    PROJEK AYAM DAGING

    • PKPS telah membina dua (2) buah rumah ayam dengan kapasiti sebanyak 96,000 ekor (@ 48,000 ekor setiap rumah) pada setiap pusingan. Sistem penternakan yang digunakan adalah sistem tertutup dengan menggunakan empat (4) tingkat sangkar. Semua kerja-kerja penyelenggaraan ayam seperti memberi makanan dan minuman adalah dilakukan secara automasi.
    • Satu pusingan penternakan ayam akan mengambil masa selama 35 hari. Dianggarkan dalam setahun terdapat sebanyak enam (6) pusingan penternakan dan ini mampu menawarkan bekalan ayam pedaging ke pasaran sebanyak 576,000 ekor setahun @ 2kg/ekor atau 1.2juta kg/tahun.
    • Hasil tuaian ternakan pertama adalah pada bulan Mei 2011 dan hasil pusingan kedua pula pada bulan 1 Julai 2011.

Lampiran

Tiada Lampiran.