Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

60) PROJEK LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan projekprojek paip dan tangki air yang berkaitan?

    Status terkini :

    1. Projek Langat 2 ini dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli (KATS) yang dahulunya Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh dari PAAB, status pembinaan Loji Rawatan Air Fasa 1 setakat 30 September 2019 adalah seperti berikut:-

     

    Jadual
    %
    Sebenar
    %
    Perbezaan
    %
    83.76% 78.61% -5.16%

     

    1. Bagi pembinaan loji, kerja-kerja pembinaan telah mencapai 95% berbanding jadual 100%. Dalam melaksanakan pembinaan loji, ia telah pecahkan kepada dua stream¸ Stream A dan Stream B.  Setiap stream dipecahkan kepada Seksyen 1 dan Seksyen 2.  Stream A dengan kapasiti 565 JLH telah siap dan sedang  menjalani kerja-kerja pengujian dan pentauliahan (Testing & Commissioning (T&C) mulai pada 7 Julai 2019 dan dijadualkan tamat pada 31 Disember 2019.

     

    1. Setelah T & C ini tamat dan sempurna mencapai parameter yang ditetapkan di dalam kontrak pembinaan, bekalan air terawat yang dianggarkan sebanyak 565 JLH boleh disalurkan kepada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) untuk dibekalkan kepada pengguna di kawasan KL Selatan dan Pusat Bandar KL.

     

    1. Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa kerja-kerja yang akan siap hingga tahun 2022 adalah melibatkan tapak pelupusan enap cemar, terowong koridor utara, kolam air Ampang berkapasiti 36 JL. Bagi kerja-kerja pembinaan kolam yang lain, ia akan siap secara berperingkat sebelum tahun 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.