Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

94) Projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peratusan kemajuan keseluruhan projek loji rawatan air Langat 2 sehingga kini?

    Sehingga 30 September 2020, pembinaan LRA Langat 2 telah siap 100%. Pada 21 Disember 2019, Stream B yang berkapasiti 565 juta liter sehari (JLH) telah ditauliahkan dan beroperasi. Walau bagaimanapun sehingga kini hanya 430 JLH dapat diagihkan kepada pengguna . Manakala Stream A yang juga berkapasiti 565 JLH dijadual akan diserahkan kepada Air Selangor pada 30 Oktober 2020.
    Keseluruhan projek pembangunan LRA Langat 2 termasuk pembinaan kolam-kolam perkhidmatan dan sistem agihan mempunyai 23 pakej untuk menyalurkan bekalan air dari LRA Langat 2 ini masih belum siap sepenuhnya. Sehingga September 2020, kemajuan kerja adalah 30.43%. Sistem agihan bekalan air Skim Langat 2 terbahagi kepada dua (2) koridor iaitu Koridor Utara dan Koridor Barat. Sehingga akhir September 2020, kemajuan kerja bagi kerja-kerja ini mengikut koridor agihan adalah seperti berikut:
    i. Koridor Barat – Disember 2022
    ii. Koridor Utara – Disember 2023

Lampiran

Tiada Lampiran.