Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

47) PROJEK LRT

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Cadangan jajaran baharu Transit Aliran Ringan (LRT) Lembah Klang. Pada dasarnya Kerajaan Negeri menyokong pembinaan LRT kerana ia secara keseluruhannya memberikan keselesaan dan juga perkhidmatan untuk masyarakat dan menolong meringankan kesesakan jalan raya yang kita alami sekarang. Amat malang sekali cadangan baru Syarikat Prasana tidak melibatkan kawasan-kawasan perumahan di Cheras dan Kajang. Apakah usaha yang akan dibuat oleh kerajaan negeri untuk berbincang dengan Syarikat Prasana agar mempertimbangkan pengembangan Transit Aliran Ringan ke Kajang dengan melalui kawasan perumahan Balakong

Lampiran

Tiada Lampiran.