Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

104) PROJEK LRT3

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Projek LRT 3 dalam pembinaan di sepanjang Jalan Langat Klang. Akan tetapi kawasan sekitar di jalan tersebut tidak diselenggara dan tiada pantauan dari JKR telah mengakibatkan rumput panjang, jalan berlubang, lampu isyarat tidak berfungsi dengan sempurna dan lain-lain. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak JKR untuk memastikan kawasan projek boleh diselenggara dengan sempurna?

    Pihak JKR Daerah sentiasa melaksanakan pemantauan dan memaklumkan kepada pihak Kontraktor Projek LRT3 sama ada melalui perbincangan, surat rasmi dan juga aplikasi ‘whatapps‘ bagi memastikan penyelenggaraan rutin dan aduan dapat ditangani dengan pantas dan berkesan.

     

    Daripada pemantauan yang telah di buat sepanjang Jalan Kuala Langat, adalah didapati pihak LRT3 sentiasa mematuhi dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan seperti yang diperuntukkan di dalam kontrak. Selain itu, pihak LRT3 juga ada menyediakan Emergency Respond Team (ERT) bagi menyelesaikan sebarang aduan .

Lampiran

Tiada Lampiran.