Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

172) PROJEK LRT3

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek LRT3?

    Kerajaan Persekutuan telah memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan projek LRT3 dengan beberapa perubahan yang perlu diambilkira di dalam pelan rasionalisasi projek LRT3 oleh pihak Prasarana. Pelan rasionalisasi tersebut telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 12 Julai 2018 dan seterusnya telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) pada 26 Julai 2018 melibatkan dasar penjimatan berikut:

    • Jumlah stesen dikurangkan daripada 26 buah stesen kepada 20 buah stesen (4 stesen ditangguhkan dan stesen bawah tanah dibatalkan);
    • Pengurangan saiz platform stesen daripada 125 meter kepada 82 meter;
    • Pengurangan gerabak rel daripada 6 koc kepada 3 koc; dan
    • Tempoh siap dilanjutkan daripada 2020 kepada 2024.

    Sehingga Julai 2019, status kemajuan kerja di tapak adalah sebanyak 17% (berdasarkan jangkamasa siap pada tahun 2024) yang melibatkan kerja-kerja sub-struktur, pembinaan tetiang (pier), pemasangan u-through (viauduct guideway), perlebaran jalan dan pengalihan utiliti. Pindaan pelan bagi 14 buah stesen juga telah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Klang untuk kelulusan.

    Berdasarkan pelan rasionalisasi, tiada perubahan terhadap jajaran asal iaitu masih mengekalkan jajaran sepanjang 37 kilometer.

Lampiran

Tiada Lampiran.