Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

147) PROJEK MARRIS DI DUN BATANG KALI

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah pihak YB ADUN boleh dilibatkan di dalam soal pengesahan penilaian siap kerja kerana terdapat aduan daripada orang awam Êyang diterima oleh YB ADUN mengenai ada projek yang bermasalah?

    Dalam urusan Pentadbir Kontrak Perolehan Kerajaan, Pegawai Penguasa/ Pengarah Projek (PP) adalah pegawai yang bertanggungjawab untuk menyelia dan mengarah pelaksanaan kerja secara keseluruhan. Pegawai Penguasa/ Pengarah Projek ini merupakan sorang pegawai teknikal yang dilantik di kalangan penjawat awam di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

     

    Apabila pada pendapat PP kontraktor telah menyiapkan kerja menurut peruntukan Kontrak, maka PP adalah bertanggungjawab untuk mengeluarkan Perakuan Siap Kerja dengan syarat memenuhi syarat-syarat berikut:

     

    1. Kerja telah disiapkan menurut terma-terma dan syarat-syarat Kontrak;

     

    1. Kerajaan boleh mendapat penggunaan yang penuh dan dengan sewajarnya dan mendapat manfaat berhubung dengan tujuan kerja dilaksanakan meskipun masih terdapat baki kerja yang sangat kecil sifatnya yang perlu dilaksanakan dengan syarat ia tidak menghalang atau mengurangkan penggunaan yang penuh, dengan wajar dan mendapat manfaat;

     

    • Kerja telah lulus ujian pentauliahan menurut peruntukan Kontrak;

     

    1. Kerja telah disiapkan dan disiapkan kepada Kerajaan agar ia adalah sesuai untuk penghunian/digunakan.

     

    Setelah perakuan siap kerja dikeluarkan oleh PP, Tempoh Tanggungan Kecacatan akan bermula. Tempoh Tanggungan Kecacatan ini berakhir berdasarkan tempoh yang ditetapkan di dalam Kontrak. Sekiranya timbul masalah/terdapat kecacatan terhadap sesuatu kerja/ projek, PP boleh mengarahkan kontraktor untuk membaiki kecacatan tersebut dalam tempoh yang munasabah sebagaimana yang ditetapkan oleh PP.

     

    Sekiranya kontraktor gagal membaiki kecacatan setelah diarahkan oleh PP, maka PP bagi pihak Kerajaan berhak untuk melantik kontraktor yang berasingan untuk membaiki kos kecacatan tersebut. Apa-apa kos yang ditanggung oleh Kerajaan berikutnya hendaklah ditanggung oleh kontraktor asal projek sama ada memotong daripada baki wang yang hendak dipulangkan kepada kontraktor asal tersebut atau daripada bon pelaksanaan.

     

    Oleh yang demikian, orang awam boleh segera membuat aduan rasmi kepada PP bagi sesuatu projek sekiranya didapati kerja atau projek tersebut mempunyai kecacatan untuk diambil tindakan pembetulan segera.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.