Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

132) PROJEK MARRIS

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan kerja yang dilaksanakan adalah menurut aspek teknikal?

    Permohonan projek MARRIS ini perlu melalui beberapa saringan sebelum pelaksanaan di jalankan oleh agensi pelaksana / pemohon. Di dalam kaedah ini, semua projek perlu melalui Jawatankuasa Teknikal MARRIS yang bersidang berdasarkan permohonan yang di terima. Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli tetap dari Perbendaharaan Negeri Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya Selangor dan Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor. Semua aspek teknikal yang telah diputuskan adalah berdasarkan Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri yang di keluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan juga Arahan Teknik Jalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia.

    Selain itu, lawatan pemantauan dan Audit MARRIS juga dijalankan oleh bagi pematuhan dan pengauditan kerja di tapak oleh pihak kontraktor dan bagi  tujuan perakuan pembayaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.