Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

124) PROJEK MEMBAIK PULIH TEBING & PENDALAMAN SUNGAI LANGAT

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah peruntukan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi membaik pulih tebing dan proses pendalaman Sungai Langat sepanjang tahun 2008 Ð 2013?

    Sehingga November 2013, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor    telah memperuntukkan sebanyak RM 2,323,980.00 juta bagi projek-projek pembaikan tebing termasuk mengawal sedimen dan mendalamkan sungai yang mana peruntukan diterima adalah melalui peruntukan pembangunan dan mengurus negeri. Peruntukan yang diterima diagih mengikut keperluan kerosakan tebing serta mendapan di dalam Lembangan Sungai Langat yang mana ianya merangkumi Daerah Hulu Langat, Daerah Sepang dan Daerah Kuala Langat. Tiada peruntukan khas diterima bagi kerja-kerja penyelenggaraan Sungai Langat.

     

    Berikut di bawah adalah butiran terperinci peruntukan tahunan yang diterima bagi kerja-kerja Pengurusan Rizab Sungai Langat dari tahun 2008 sehingga 2013.

    Tahun                                       Jumlah Peruntukan Diterima 2008                                               Tiada

    2009                                                                Tiada

    2010                                                                Tiada

    2011                                                       RM300,000.00

    2012                                                      RM1,083,940.00

    2013                                                       RM940,040.00

     

     

    Maklumat Tambahan:

     

    Sungai Langat merupakan salah satu sungai yang sangat penting dalam menyumbang sumber air di Negeri Selangor. Lembangan Sungai Langat yang mengalir dari Gunung Nuang melibatkan 3 buah daerah iaitu Daerah Hulu Langat, Daerah Sepang dan

     

    Daerah Kuala Langat. Sungai ini mengalir hingga ke Selat Melaka di Kuala Langat. Panjang sungai ini ialah 149.3 km dari hulu hingga ke muara sungai.

    Secara semula jadi, sungai mencapai keseimbangan dari segi proses dan tindak balas melalui kerja hakisan, pengangkutan dan pemendapan sungai. Proses untuk mencapai keseimbangan ini sangat berkait rapat dengan faktor masa sama ada berlaku dengan cepat, sederhana cepat atau perlahan. Oleh itu, banyak kajian dan projek pembaikan yang dijalankan mempunyai metod dan pendekatan yang pelbagai bersesuaian dengan proses hakisan tebing sungai yang berlaku.

     

    Secara umum, kawalan hakisan tebing sungai dilaksanakan bersama kerja penyelenggaraan lain melibatkan pengorekan dan pembersihan sungai dengan memasang perangkap sampah di sepanjang sungai. Terdapat juga kerja tebatan banjir yang dilaksanakan turut mengambil kira kawalan hakisan tebing sungai terutamanya dari aspek pendekatan struktur seperti pembinaan gabion, konkrit bersambung dan sebagainya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.