Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

139) PROJEK MEMBAIKPULIH MASJID JAMEK PEKAN KAJANG

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk penambahbaikan yang dilakukan terhadap Masjid Jamek Pekan Kajang? Sejauh mana pemantauan dibuat untuk memastikan projek berjalan mengikut jadual.

    Penambahbaikan yang dilakukan di Masjid Jamek Pekan Kajang ialah pejabat dan tandas baru, ruang tambahan baru, karpet ruang solat utama, bilik imam dan siaraya, bilik AHU dan rumah pam. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor mengadakan mesyuarat bersama setiap bulan bagi memastikan projek tersebut berjalan mengikut jadual seperti mana di dalam perancangan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.