Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

98) PROJEK MRT2

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pembinaan MRT2?

    Pembinaan MRT2 Laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (SSP) merupakan projek yang dikendalikan MMC-Gamuda selaku Project Delivery Partner (PDP) yang dilantik. Majlis Pecah Tanah dijangka pada Ogos 2016 oleh YAB Perdana Menteri.

    Status pembinaan MRT2 adalah seperti di bawah:

    • Projek MRT2 telah mendapat kelulusan Skim Rel Laluan pada 7 Oktober 2015;
    • Pembinaan dijangka bermula Mei 2016 di mana pembinaan bagi Fasa 1 iaitu dari Stesen MRT Sungai Buloh ke Stesen MRT S09 ke Kampung Batu dijangka mula beroperasi pada Julai 2021 manakala bagi Fasa 2 iaitu keseluruhan laluan dari Stesen MRT Sungai Buloh ke Stesen MRT S36 di Putrajaya Sentral dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada Julai 2022;
    • Pada masa ini, projek MRT2 berada di peringkat perolehan dan penganugerahan tender (tender award). Syarikat yang telah dianugerahkan tender bagi pakej kerja adalah seperti di bawah:
    • Pada Mac 2016, SunCon dan AZRB telah di award bagi Pakej Kerja Jejambat V201 dan V201 bernilai RM1.2 bilion dan RM1.44 bilion manakala pada Mei 2016, IJM telah dianugerahkan kontrak Pakej Kerja Jejambat V203 bernilai RM1.47 bilion;
    • MRCB pula dianugerahkan kontrak bagi pakej kerja-kerja utama (Pakej Kerja Jejambat V210 bernilai RM648 juta) dan MMC-Gamuda dilantik sebagai kontraktor bagi Pakej Kerja Bawah Tanah bernilai RM15.47
    • MRT Corp dijangka akan mengumumkan penganugerahan kontrak bagi enam (6) Pakej Kerja Jejambat bernilai RM6 bilion pada suku pertama 2017. Tender akan dibuka bagi semua enam pakej berkenaan pada suku ketiga 2016; dan
    • Kerja-kerja awal pembinaan telahpun bermula sejak Jun 2016 bagi pakej V201 dan V202.

Lampiran

Tiada Lampiran.