Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

10) PROJEK NAIK TARAF JALAN RAWANG TOL KE BANDAR TASIK PUTRI (B 27)

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan untuk Projek Naik Taraf Jalan Rawang Tol ke Bandar Tasik Puteri (B27)

    Panjang jalan B27 di antara Tol ke Bandar Tasik Puteri ialah 4.5 km dan skop kerja yang terlibat ialah menaiktaraf jalan kepada dua lorong dua hala dan pembinaan tersebut merintangi Lebuhraya Utara-Selatan dengan jumlah siling yang diluluskan adalah RM30 juta. Selain itu, bagi kerja menaiktaraf laluan ini juga, JKR Selangor telah mensyaratkan kerja menaiktaraf jalan kepada pemaju-pemaju yang terbabit dengan pembangunan di kawasan ini kerana ianya akan menyumbang kepada pertambahan isipadu trafik yang tinggi kepada laluan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.