Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

42) PROJEK NAIK TARAF LALUAN MOTOSIKAL LEBUHRAYA PERSEKUTUAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Projek naik taraf laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan telah mengambil masa yang sungguh lama dan tempoh projek telah melebihi tempoh kontrak. Mengapakah ini berlaku dan apakah status terkini projek ini?

    Projek ini telah bermula pada 15 Jun 2017 dan tarikh siap semasa adalah pada 15 Oktober 2018. Akan tetapi kontraktor projek tersebut telah mengalami kesukaran untuk menyiapkan bahagian asas bagi kedua-dua jambatan di persimpangan FT02, Jalan 222 dan Jalan P.P Narayanan disebabkan oleh perubahan rekabentuk.

    Laluan motosikal arah ke Kuala Lumpur dijangka akan dibuka kepada trafik pada 6 September 2018, manakala laluan motosikal arah ke Klang dijangka akan disiapkan pada 15 Oktober 2018.

Lampiran

Tiada Lampiran.