Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

20) PROJEK NAIKTARAF JALAN B27

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Status permohonan progres naik taraf jalan B27 missing link

    Untuk makluman YB, Pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor telah menyediakan Brif Projek dan Anggaran Kos Projek untuk cadangan menaiktaraf B27 missing link tersebut. Untuk makluman YB, cadangan projek ini belum disenaraikan didalam senarai Projek RMK-11 disebabkan oleh jajaran tersebut masih di bawah Pemaju Rawang Project. Pihak Jabatan Kerja Raya Selangor sedang menyelaraskan perkara ini bersama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan JKR Daerah Gombak berhubung peruntukan Tabung Amanah yang dicadang untuk diwujudkan bagi menaiktaraf jalan tersebut. Projek ini juga akan dicadangkan untuk dilaksanakan di dalam RMK-12.

Lampiran

Tiada Lampiran.