Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

177) PROJEK NAIKTARAF JALAN BUKIT KEMUNING FT190

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah bilangan pekerja tetap dan kontrak dibawah penggajian Kerajaan Negeri Selangor?

    Jumlah bilangan pegawai dan kakitangan lantikan tetap dan kontrak bagi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (tidak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri (BBN) adalah 18,505 termasuk Guru KAFA dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).(rujukan data daripada Perbendaharaan Negeri Selangor).

    Manakala jumlah keseluruhan pegawai dan kakitangan lantikan tetap dan kontrak termasuk 43 jabatan/ agensi, PBT dan BBN sehingga Jun 2019 adalah 23,067.

Lampiran

Tiada Lampiran.