Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

177) PROJEK NAIKTARAF JALAN BUKIT KEMUNING FT190

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah cadangan kerajaan berkenaan jalan ini dan apakah status terkini cadangan projek naiktaraf Jalan Bukit Kemuning FT190?

    Pihak JKR Negeri Selangor telah melaksanakan Kajian Trafik dan menyediakan brief projek serta anggaran kos projek Jalan FT190 bermula dari persimpangan Bukit Kemuning melalui Bulatan Lima, Jalan Kebun sehingga ke persimpangan Kesas. Cadangan projek ini melibatkan skop pelebaran jalan sedia ada sepanjang 10km kepada dual cariageway 4 lanes dengan piawaian U5 dan pembinaan flyover  di Bulatan 5.

     

    Permohonan projek ini telah dikemukakan kepada pihak JKR Ibu Pejabat pada 21 Februari 2019 dan telah diangkat kepada Kementerian Kerja Raya pada 28 Februari 2019 untuk dipohon kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk dilaksanakan di dalam RP5-2020. (Rolling Plan ke-5 – 2020).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.