Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

275) PROJEK NAIKTARAF JALAN DI DUN SUNGAI KANDIS

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status 2 projek yang tertangguh iaitu Projek Pembinaan Jalan Alternatif Shah Alam - Banting (Pakej 1 : CH 0.00 - CH 1200.00) dan Projek naik taraf Kg Lombong?

    Projek Pembinaan Jalan Alternatif Shah Alam – Banting (Pakej 1 : CH 0.00 – CH 1200.00)  masih diperingkat pembinaan dan kemajuan semasa projek adalah 92% dan dijangka siap pada 30 Disember 2019.

    Manakala projek Menaiktaraf Kg Lombong Klang (Fasa 2) masih diperingkat pembinaan dengan kemajuan semasa 67% dan dijangka siap pada hujung Julai  2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.