Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

140) PROJEK NAIKTARAF JAMBATAN BATANG KALI

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh mana projek sudah disiapkan serta apakah sebab yang menyebabkan projek itu menjadi lewat untuk disiapkan?

    Berikut adalah status kemajuan fizikal sehingga penghujung bulan September 2019:

     

    Tarikh Mula: 30 April 2018

    Tarikh Siap Asal: 29 April 2020

    Tarikh Siap Semasa: 25 September 2021

    Kemajuan Fizikal  : 37.0% (Sebenar) / 37.0% (Jadual)

     

    Masalah kelewatan disebabkan oleh masalah pengambilan balik tanah yang masih belum selesai. Status terkini pihak JKPTG Selangor telah mengadakan perbicaraan bagi tujuan pengambilan.

Lampiran

Tiada Lampiran.