Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

4) PROJEK ÔCERIAÕ UNTUK MEMBERI BANTUAN DALAM MEMBAIKI PANGSAPURI BERKOS RENDAH

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kesan yang ada bagi projek ÔCeriaÕ?

    Secara amnya, skim baikpulih pangsapuri melalui program CERIA (Caring Government for Residents’ Improvement Aid) telah meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat perumahan bertingkat di Negeri Selangor. Di antara kesan-kesan utama hasil daripada program ini adalah seperti berikut:-

    1. mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pihak Pengurusan Bangunan terutama Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body – JMB) dan Perbadanan Pengurusan (Management Corporation – MC) dalam membaikpulih harta bersama yang melibatkan kos yang tinggi seperti lif, bumbung, mengecat dan sebagainya;
    2. mengeratkan hubungan kerjasama penghuni dengan pihak pengurusan (JMB dan MC);
    • memulihkan keyakinan penduduk untuk membayar caj penyenggaraan kepada JMB atau MC; dan

    meningkat tahap keselamatan serta kesihatan penduduk di kawasan yang menerima bantuan baikpulih.

Lampiran

Tiada Lampiran.