Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

104) PROJEK PASIR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Boleh nyatakan berapakah pendapatan pasir dari Kerajaan Negeri Selangor dalam tahun 2014 dari Januari hingga Oktober 2014 dan apakah bentuk kawalan dibuat terhadap projek tersebut.

    Pendapatan dalam bentuk royalti yang telah dibayar oleh KSSB untuk tempoh Januari hingga Oktober 2014 adalah seperti berikut;

     

    Bulan (2014) Bayaran Royalti Oleh KSSB Mengikut Daerah (RM)
    Gombak Hulu Langat Hulu Selangor Kuala Langat Kuala Selangor Petaling Sepang Jumlah
    Januari 168,000 471,600 432,000 1,980,000 387,000 45,000 23,000 3,506,600
    Februari 398,338 69,000 467,338
    Mac 21,000 240,214 261,214
    April 215,288 1,470,000 2,173,489 27,000 3,885,777
    Mei 652,246 120,000 772,246
    Julai 21,000 272,896 671,165 315,000 1,280,061
    Ogos 61,689 176,329 45,000 108,000 391,018
    September 9,186 9,186
    Oktober 15,393 15,393
    Jumlah 189,000 717,075 2,190,290 3,111,192 3,698,278 117,000 566,000 10,588,834

    Disamping itu, Kerajaan Negeri juga mendapat hasil berikut dari KSSB untuk tempoh yang sama yang dapat dimnfaatkan untuk rakyat Negeri Selangor;

     

    Perkara Jumlah (RM)
    Sumbangan Kepada Program‐program Kerajaan Negeri 1,777,264
    Dividen Kepada MBI (Untuk Tahun Kewangan 2013) 15,000,000
    Zakat Perniagaan 298,045
    Jumlah 17,075,309

     

    Untuk tempoh tersebut juga, KSSB telah mencatatkan pendapatan jualan sekitar RM97.8 juta.

     

    Setiap operasi perlombongan KSSB dijalankan dan dikawal dengan berdasarkan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Pelan Pengurusan Alam Sekitar dan Skim Pengekstrakan Pasir yang telah diluluskan oleh Jabatan-jabatan Teknikal yang berkenaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.