Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

57) PROJEK PELEBARAN JAMBATAN SUNGAI BATANG KALI FT001/438/10

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat terkini mengenai Projek Pelebaran Jambatan Sungai Batang Kali FT001/438/10? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Berikut adalah butiran dan status terkini Projek Pelebaran Jambatan Sungai Batang Kali FT001/438/10, Daerah Hulu Selangor:

     

    Butiran Projek  
    Tarikh Milik Tapak : 30 April 2018
    Tarikh Siap Asal : 29 April 2020
    Harga Kontrak Semasa : RM 21,556,299.04
    Skop Kontrak : – Membina jambatan baru dua (2) lorong dan merobohkan jambatan sedia ada.

    : – Menaiktaraf persimpangan

    : – Menaiktaraf lampu isyarat dan lampu jalan

    Status Kemajuan Kerja : Jadual = 55% / Sebenar = 32%
    Kemajuan Terkini : – Kerja-kerja tanah

    –   Kerja-kerja cerucuk

    –   Perobohan struktur perhentian bas

     

Lampiran

Tiada Lampiran.