PROJEK PEMASANGAN SISTEM SOLAR DI PERKAMPUNGAN ORANG ASAL

53) PROJEK PEMASANGAN SISTEM SOLAR DI PERKAMPUNGAN ORANG ASAL

Tahun:

Sesi:

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan di dalam projek pemasangan sistem solar di perkampungan orang asal dan adakah projek ini suatu penyelesaian yang mampan?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, bilangan Kampung Orang Asli yang terdapat di Negeri Selangor adalah sebanyak 74 Buah Kampung dan semakan dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor mendapati bahawa semua kampung tersebut telah dilengkapi dengan tenaga elektrik daripada Tenaga Elektrik Berhad (TNB).

    Walubagaimanapun, terdapat 3 buah perkampungan tambahan iaitu Kampung Orang Asli Sungai Relang, Gombak, Kampung Orang Asli Air Kuning, Petaling dan Kampung Orang Asli Sungai Buah, Sepang yang sebelum ini masih belum menerima tenaga elektrik daripada TNB. Sehubungan itu, pada Tahun 2018 Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) telah melaksanakan Projek Perintis Pemasangan Sistem Fotovolta Suria (Photovoltaic) di Kampung Orang Asli Sungai Relang. Sebanyak 12 buah rumah di Kampung Orang Asli Sungai Relang akan menerima manfaat daripada pelaksanaan projek ini yang akan siap pemasangan pada Disember 2018.

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, kos pemasangan sistem solar di 12 buah rumah di Kampung Orang Asli Sungai Relang adalah sebanyak RM439,200.00. Walaupun kos ini agak tinggi, pemasangan sistem solar adalah satu-satunya pilihan yang ada bagi membekalkan elektrik kepada Kampung Orang Asli Sg Relang kerana ketiadaan talian tenaga elektrik daripada TNB pada masa ini. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan pemasangan sistem solar ini di 2 buah kampung lagi pada masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.