Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

54) PROJEK PEMBANGUNAN DESA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pembangunan Desa merupakan perkara yang menjadi fokus utama dalam tempoh lima tahun penggal kedua kerajaan Selangor. Apakah status rancangan Pembangunan Desa ini?

    Pelaksanaan pembangunan desa bersepadu dan mampan ini bergantung kepada kemajuan dalam pembangunan komuniti sesuatu kawasan tersebut. Langkah-langkah asas dalam pembangunan sesuatu komuniti adalah seperti berikut:

    1. Membina Sokongan merupakan tonggak yang paling utama di dalam dasar ini dimana ianya memerlukan kajian diperingkat akar umbi serta mendapatkan maklumat-maklumat yang diingini.
    2. Membuat Perancangan. Setelah mendapatkan maklumat yang diinginkan, perancangan bagi memastikan program ini berjalan secara lancar adalah diperlukan. Kajian-kajian juga turut dilakukan ke atas program yang gagal dilaksanakan bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.
    3. Implementasi dan Menyesuaikan Pelan. Perancangan yang telah dirancang akan dilaksanakan mengikut kesesuaian di sesebuah kampung tradisi di Negeri Selangor.
    4. Mengekal Momentum. Sekiranya pelan yang dirangka bersesuaian dengan kampung tersebut, ia akan diteruskan sehingga mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

    Pada ketika ini, Kerajaan Negeri telah menjalankan Program Kemahiran Teknikal Belia Desa yang melibatkan belia-belia luar bandar untuk mengikuti Kursus Kemahiran di dalam bidang Pendawaian Elektrik dan Penyaman Udara.

Lampiran

Tiada Lampiran.