Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

143) PROJEK PEMBANGUNAN DESA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini kawasan yang menjadi pilot projek pembangunan desa ?

    Sehingga 30 Oktober 2014, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa siri perbincangan dengan Syarikat Nestle (M) Sdn Bhd berhubung perancangan projek pembangunan desa yang akan dibuat dengan kerjasama syarikat tersebut. Walau bagaimanapun syarikat tersebut memaklumkan bahawa pada masa ini, mereka telah mempunyai cukup bekalan bahan mentah yang akan digunakan bagi produk-produk mereka. Sekiranya syarikat tersebut tidak dapat memberikan kerjasama seperti yang dipohon, Kerajaan Negeri akan mencari syarikat-syarikat lain yang berminat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk membantu projek-projek pembangunan desa yang akan dilaksanakan di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.