Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

37) PROJEK PEMBANGUNAN DI KAWASAN-KAWASAN CERUN BERISIKO TINGGI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. YAB Menteri Besar Selangor telah mengumumkan pada 2 April 2008 bahawa terdapat 141 projek pembangunan yang diluluskan oleh pentadbiran yang lalu di kawasan tanah tinggi. Apakah Kerajaan Negeri menyedari bahawa amalan pemaju-pemaju ialah untuk menyerahkan semula kawasan-kawasan cerun yang berisiko tinggi kepada Pihak BerkuasaTempatan ( PBT ) untuk diwartakan sebagai "Kawasan Lapang" ? Tindakan yang licik ini adalah untuk mengelakkan daripada pihak pemaju dipertanggungjawabkan terhadap urusan keselamatan dan penyelenggaraan kawasan ini dan pertanggungjawaban ini terpaksa diambil alih oleh Kerajaan Negeri

    Pihak Berkuasa Tempatan menyedari bahawa sebahagian kawasan cerun telah
    dijadikan sebagai “kawasan lapang” sewaktu pengemukaan pelan kebenaran
    merancang. la berlaku ke atas pembangunan lama yang mana belum
    disyaratkan untuk mengemukakan pelan kontur. Bagi permohonan permohonan baru kawasan cerun yang berisiko tinggi yang tidak boleh dibangunkan tidak diambil kira sebagai kawasan lapang. Pemaju disyaratkan untuk menyediakan kawasan lapang yang boleh dijadikan kawasan rekreasi sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.