Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

85) PROJEK PEMBANGUNAN DI KAWASAN SENSITIF ALAM

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Di manakah lokasi yang telah dikenal pasti sebagai kawasan sensitif alam sekitar di negeri Selangor?

    Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) mengikut definisi yang terdapat di dalam
    Garis panduan PembangunanTanah Tinggi yang dikeluarkan oleh Kementerian
    SumberAsli DanAlam Sekitar adalah seperti berikut :-
    i) KSAS adalah suatu kawasan khas yang sangat sensitif keDada
    Dembanaunan atau aktiviti dan perlu dipulihara untuk nilai warisannva,
    memelihara nilai sokonaan hiduDnva dan meminimumkan risiko
    bencana akibat penukaranguna tanah.
    ii) Kawasan khas adalah suatu kawasan fizikal yang boleh dikenal pasti di
    atas peta dan mempunyai ciri-ciri alam sekitar yang penting, signifikan
    atau unik.
    Kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan Sensitif Alam Sekitar ialah:-
    1. Kawasan tanah tinggi yang berkecerunan26-35 darjah (kelas III dalam Garis
    panduan PembangunanTanah Tinggi).
    2. Kawasan tanah tinggi yang berkecerunan 35 darjah dan ke atas (kelas IV
    dalam Garis panduanPembangunanTanah Tinggi).
    3. Kawasan Tanah Tinggi yang mempunyai kelas bercampur (kelas III & IV
    dalam Garis panduanPembangunanTanah Tinggi)
    4. Tanah Bekas Lombong
    5. KawasanTadahanAir
    6. Kawasan Hutan Simpan

    7. Kawasan Hutan Paya Bakau
    8. Kawasan Hutan Paya Gambut
    9. PersisiranPantai
    10. PersisiranPantai

    Mana-mana kawasan di Negeri Selangor yang jatuh definisi tersebut adalah
    dikenal pasti sebagai lokasi kawasan sensitif alam sekitar di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.