Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

49) PROJEK PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU DAN TRADISI

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha ataupun projek-projek pembangunan kampung yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh beberapa tahun ini?

    Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk melaksanakan pembangunan kampung tradisi dari aspek ekonomi, sosial dan infrastruktur serta mengimbangkan antara pembangunan fizikal, kerohanian dan spiritual agar dapat melahirkan masyarakat yang maju dan diberkati. Pelbagai program dan projek yang bersesuaian telah dirangka dan telah dilaksanakan di kampung tradisi melibatkan sembilan (9) daerah dalam Negeri Selangor bertujuan memberdayakan ekonomi warga

    Di antaranya adalah pelaksanaan program pembangunan kapasiti untuk memberdayakan industri kampung menerusi Kursus Jangka Pendek Program Pembangunan Usahawan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor: Industri Komuniti Kampung yang telah dilaksanakan pada bulan Oktober dan November tahun 2018. Buat permulaan, kursus ini akan memberi tumpuan terhadap pembuatan dan penyediaan kuih tradisional, pastri, kek dan sandwich ini bertujuan memberi peluang kepada masyarakat desa yang berminat untuk menceburkan diri di dalam dunia perniagaan dan keusahawanan serta membantu mereka untuk menambah pendapatan. Secara umumnya, objektif kursus ini diadakan adalah untuk:

     

    • Mempergiatkan lagi pembangunan industri kampung melalui pembuatan dan penyediaan makanan menerusi platform sedia ada iaitu Pusat Wanita Berdaya (PWB).

     

    • Memperbetulkan serta menambahbaik prinsip dan kefahaman tentang konsep perniagaan dari

     

    • Mendedahkan produk-produk yang berpotensi untuk dipasarkan dan produk yang boleh diproses secara “homebased industry” tanpa memerlukan peralatan canggih dan

    Program ini telah berjaya menarik seramai 491 peserta, iaitu melebihi sasaran 480 peserta. Peserta bukan sahaja didedahkan kepada kaedah pembuatan dan penyediaan kuih dan pastri tetapi mereka turut diperkenalkan kepada pihak penyedia makanan. Berdasarkan maklum balas terkini, ada di antara peserta yang telah menjalinkan kerjasama dengan pihak penyedia makanan dan dipertanggungjawabkan sebagai pembekal pastri kepada penyedia tersebut.

    Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi juga akan melaksanakan satu Program Khas Pembangunan Ekonomi Kampung Tradisi yang dinamakan sebagai SARANG Ekonomi Desa 2019. Program ini akan dijadikan sebagai satu kerangka (model) ekonomi baharu bagi meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan golongan B40 di luar bandar, memperkasa pengusaha ekonomi desa serta mewujudkan ekonomi luar bandar yang berdaya saing, selaras dengan matlamat Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar 2018 – 2023 oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

    Program SARANG Ekonomi Desa dijangka berupaya mewujudkan peluang pekerjaan baharu dalam 6 sektor pekerjaan terpilih dan juga melahirkan sekurang-kurangnya 50 orang usahawan yang akan mempunyai jenama mereka yang tersendiri.

    Bagi memastikan kemudahan infrastruktur yang dinikmati oleh masyarakat kampung adalah setanding dengan masyarakat bandar, saban tahun Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah dana tertentu untuk menampung kos pembaikan/ baik pulih jalan kampung, kemudahan dewan orang ramai, balairaya dan longkang di kawasan kampung. Perincian peruntukan projek yang dijalankan mengikut pecahan daerah dari tahun 2014 hingga 2019 adalah seperti di lampiran.

    Walau bagaimanapun, peruntukan tersebut tertentu tidak dikhususkan bagi setiap kampung tertentu sahaja memandangkan pemberiannya adalah mengikut keperluan dan keutamaan projek-projek yang dijalankan.

    Selain itu, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi setiap kampung di Negeri Selangor adalah diwajibkan untuk menyediakan profil kampung melalui Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional (SPKPN) yang  mengandungi maklumat terperinci bagi sesebuah kampung. Maklumat ini meliputi senarai demografi penduduk, aktiviti ekonomi yang dijalankan di kampung serta kemudahan infrastruktur yang terdapat di sesebuah kampung tersebut. Maklumat SPKPN tersebut akan membantu pihak MPKK, Pejabat Daerah/Tanah serta agensi terlibat untuk membuat perancangan dan mengenalpasti projek pembangunan mengikut keutamaan yang perlu dilaksanakan di sesebuah kampung.

    SEKSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN, UPEN

     Jumlah peruntukan bagi projek-projek kecil di Kampung Baru/ Tersusun/ Bagan adalah sebanyak RM5 juta setahun. Projek-projek pembangunan Kampung Baru di Negeri Selangor dibahagikan kepada Projek Naiktaraf Catwalk, Projek Naiktaraf Dewan, Projek Naiktaraf Jalan dalam kampung dan Program Kemasyarakatan seperti Pertandingan Bola Keranjang Antara Kampung Baru, Program Menghias Rumah Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Dan Program Gotong Royong

     

Lampiran

Tiada Lampiran.