Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

8) PROJEK PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek pembangunan luar bandar yang lebih dinamik dan tersusun?

    Kerajaan Negeri peka dengan kepentingan pembangunan luar bandar supaya ia seiring dengan pembangunan di bandar. Selaras dengan hasrat tersebut, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan luar bandar dengan tujuan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam/ asas luar bandar seperti jalan, longkang, dewan serbaguna, balairaya dan lain-lain. Bagi memastikan pembangunan luar bandar ini dilaksanakan secara dinamik dan mampan, Kerajaan Negeri komited supaya peruntukan bagi pembangunan luar bandar ini diteruskan setiap tahun dan kerja-kerja bagi naiktaraf dan baik pulih dilaksanakan secara berperingkat supaya kemudahan awam/asas di luar bandar ini berada di dalam keadaan yang baik.

    Kerajaan Negeri sentiasa mengambil maklum akan aduan yang diterima dari setiap Pejabat Daerah dan Tanah yang merupakan agensi penghubung antara Kerajaan Negeri dan juga penduduk. Ini adalah untuk memastikan permohonan bagi pelaksanaan pembangunan luar bandar dilaksanakan dengan tersusun.

Lampiran

Tiada Lampiran.