Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

94) PROJEK PEMBANGUNAN MPAJ -TAN &TAN DI BUKIT BARUJALAN JELATIK

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peranan, fungsi dan input MPAJ sebagai pihak JV dalam Perjanjian Usaha sama tersebut?

    Berdasarkan perjanjian usaha sama MPAJ dan Bintang Buana Sdn Bhd

    bertarikh 11 April 2000, peranan, fungsi dan input MPAJ ialah :-

    1. Memberi kebenaran        kepada             syarikat            menjalankan     cadangan pembangunan
    2. Membantu menempatkan semula 232 setinggan “in-situ”
    3. Memberi kelulusan kebenaran merancang lain-lain kelulusan berdasarkan keperluan perundangan serta kelulusan dari agensiagensi kerajaan yang berkaitan
    4. Membenarkan pemaju keluar masuk ke atas tanah bagi tujuan pembangunan
    5. Memastikan pemaju membina 600 unit rumah kos rendah untuk penempatan semula setinggan Kg Bukit Baru serta setinggansetinggan sekitarnya

Lampiran

Tiada Lampiran.