Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

106) PROJEK PEMBANGUNAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perancangan projek pembangunan Negeri Selangor dalam tempoh 5 tahun ini?

    (a) dan (b)

     

    Ekonomi negeri Selangor akan terus berkembang menerusi pelaksanaan tujuh

    (7) projek pembangunan yang telah diluluskan oleh Majlis Perancangan Fizikal Negara. Projek-projek pembangunan berkenaan akan melibatkan tanah milik kerajaan dan swasta seluas 3,771.81 hektar di seluruh negeri dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM38.22 billion.

     

    Tujuh (7) projek pembangunan berkenaan adalah:

     

    1. Pembangunan bercampur di Bandar Bukit Raja di Kapar (Sime Darby)
    2. Pembangunan bercampur di Rawang (Kundang Properties)
    • Resort Golf 18-lubang di Batang Kali (Mines Gold & City Sdn Bhd)
    1. Pembangunan bercampur di Beranang, Hulu Selangor (Riverside Hills Sdn Bhd)
    2. Projek perumahan dan komersil di Dengkil, Sepang (Tristar Acres Sdn Bhd)
    3. Projek perumahan di Semenyih, Hulu Langat (UEM Land Berhad)
    • Pembangunan semula kawasan Institut Penyelidikan Getah Malaysia di Sungai Buloh (Kwasa Ldn Sdn Bhd)

Lampiran

Tiada Lampiran.