Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

52) PROJEK PEMBANGUNAN OLEH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah projek pembangunan yang telah dilaksanakan oleh LZS dengan senarai kontraktor dan kos yang terlibat?

    Sehingga kini LZS telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan
    terutamanya untuk menangani maslahah ummah. Antaranya projek
    pembangunan yang telah dilaksanakan ialah bina rumah baru dan baik pulih
    rumah dengan kos setiap unit rumah bina baru berharga RM23,000 dan baik
    pulih rumah sebanyak RM10,000. Pada tahun 2006 LZS telah melaksanakan
    bantuan bina dan baik pulih rumah berjumlah 422 buah manakala pada tahun
    2007 be~umlah484 buah.
    LZSjuga membantu bagi pembinaan sekolah rendah agama I Kafa. Peruntukan
    untuk pembinaan sekolah tersebut ialah maksimum sebanyak RM50,000 bagi
    satu kelas. Bagi pembinaan dan baik pulih surau, masjid dan surau sekolah,
    peruntukan maksimum adalah sebanyak RM50,000.

Lampiran

Tiada Lampiran.