Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

126) PROJEK PEMBANGUNAN PERUMAHAN DI SITE A SEKINCHAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan punca sebenar yang menyebabkan cadangan pembangunan perumahan tersebut ditolak oleh MMKN ?

    Berdasarkan kepada keputusan MMKN ke 17/2010 pada 12 Mei 2010 dan disahkan
    pada MMKN ke 18/2010 bertarikh 19 Mei 2010, permohonan ini telah ditolak oleh
    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kerana merujuk kepada Rancangan
    Tempatan Daerah Sabak Bernam 2002-2015 No. Warta 1672 bertarikh 21 Jun 2007
    Blok Perancangan Kecil 9.5 tapak cadangan pemajuan disyorkan untuk kegunaan
    pertanian dan Institusi / Kemudahan Masyarakat serta bercanggah dengan pelan
    pengezonan di dalam Rancangan Tempatan Daerah Sabak Bernam yang dizonkan
    sebagai kawasan pertanian dan Zon Rumah Ibadat.

Lampiran

Tiada Lampiran.