Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

97) PROJEK PEMBANGUNAN PERUMAHAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang bagi projek pembangunan perumahan yang baru mesti dikenakan syarat menyediakan kawasan riadah dan juga kawasan hijau dalam usaha mewujudkan Ógreen lungÓ.

    Kerajaan Negeri Selangor telah melaksana dan menerimapakai Manual Garispanduan
    dan Perancangan Negeri Selangor yang telah diluluskan di dalam Mesyuarat MMKN ke
    28/2007 bertarikh 3 Oktober 2007.
    Berdasarkan manual tersebut, penyediaan 10% kawasan lapang dari jumlah saiz
    pembangunan telah dijadikan syarat bagi setiap pembangunan perumahan baru seperti
    jadual berikut:
    Saiz pembangunan /penduduk Keperluan
    Kawasan Lapang
    (min)
    Catatan
    5 ekar atau lebih / 50 penduduk
    atau lebih
    10 % Tidak termasuk taman
    Bandar/tempatan
    Kurang 5 ekar 5 %
    Bagi pembangunan perumahan
    bertingkat
    10% Tambahan 50mp bai
    setiap unit rumah
    Sumber: Manual Garispanduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor
    Selain itu, keperluan penyediaan Taman Bandar atau Taman Tempatan juga diperlukan
    bagi pembangunan yang bersaiz melebihi 20 ekar. (Rujuk Lampiran 1-jadual Piawaian
    Kawasan Lapang dan Rekreasi dalam Manual Garispanduan dan Perancangan Negeri
    Selangor).
    Penyediaan ”accidental open space” dan binaan-binaan seperti pencawang elektrik dan
    kabin di dalam kawasan lapang tidak dibenarkan. Trend kepada pemaju masa kini
    adalah menyediakan kawasan lapang hasil daripada lebihan tanah dalam pembangunan
    yang dicadangkan di mana rizab kawasan lapang yang disediakan lazimnya bersaiz
    kecil dan bentuk yang tidak sesuai untuk dijadikan padang/lot permainan. ”Accidental
    open space” ini tidak dapat melaksanakan fungsi kawasan lapang bagi tujuan kegunaan
    awam. Penyediaan kawasan lapang haruslah lebih kondusif dan ’functional’ . Kawasan
    lapang yang disediakan hendaklah diserahkan kepada kerajaan untuk pewartaan.
    4.11 KAWASAN LAPANG DAN REKREASI
    4.11.1 Definisi Kawasan Lapang
    Kawasan lapang berdasarkan Akta 172 ialah tanah lapang sebagai mana-mana tanah sama ada dikepung atau tidak yang
    dikhaskan atau dirizabkan untuk dikhaskan atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman awam, padang sukan
    dan rekreasi awam, tempat makan angin awam, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam.
    4.11.2 Dasar Penyediaan Kawasan Lapang
    1. Penyediaan kawasan lapang dan rekreasi adalah mengikut jenis dan hierarki
    2. Peruntukan kawasan lapang bagi suatu projek pembangunan;
    i. 10 % daripada keseluruhan kawasan pemajuan perumahan yang mempunyai 50 atau lebih unit rumah, atau
    pemajuan kawasan pembangunan 5 ekar dan lebih diperuntukkan sebagai kawasan lapang, tidak termasuk taman
    wilayah/bandar.
    ii. Bagi pemajuan perumahan yang mempunyai 50 atau kurang unit perumahan atau kurang daripada 5 ekar, perlu
    diperuntukkan 5% kawasan lapang.
    iii. Bagi plot pembangunan perumahan bertingkat, perlu menyediakan 10% kawasan lapang dan tambahan 50 mp (53.8
    kp) bagi setiap unit rumah
    iv. 30% dari keluasan zon penampan, jalur hijau dan kolam takungan air boleh diambil kira sebagai sebahagian daripada
    10% kawasan lapang
    Contoh pengiraan;
    30% daripada kawasan tadahan/kolam takungan/zon penampan/jalur hijau seluas 3 ekar ialah:
    Oleh itu,hanya 0.9 ekar daripada 3 ekar boleh dikira sebagai sebahagian daripada 10% kawasan lapang.
    v. Kawasan Lapang hendaklah diserah kepada kerajaan negeri untuk diwartakan sebagai kawasan lapang

Lampiran

Tiada Lampiran.